Monday, February 16, 2009

Renungan Bersama

Zakat menyucikan,siapa yang berzakat akan berkat
dan bertambah hartanya, Di dunia ini bagi menjadi
kaya bukanlah dengan cara mengambil tetapi dengan
cara memberi lebih besar berkat memberi dari menerima.
Sumbangan yang diharapkan supaya dikembalikan agar
dikembalikan, bukanlah sumbangan.Ketahuila bahawa,

Apa yang kamu makan habis
Apa yang kamu pakai lusuh
Apa yang kamu nafkahkan kekal



Dari Ibnu Abbas r.a, katanya Nabi saw.
mengirim Mu'adz ke negeri Yaman. Beliau bersabda kepada-nya ;'' Ajaklah mereka supaya mengakui bahawa tiada Tuhan selain ALLAh,dan sesungguhnya aku pesuruh ALLAH. Jika
mereka telah mematuhi yang demikian, terangkan kepada mereka bahawa ALLAH swt. mewajibkan kepada mereka solat lima kali sehari semalam. ajarkan bahawa ALLAH swt.
memerintahkan kepada mereka supaya membayar zakat harta mereka,diambil dari orang yang kaya diantara mereka, dan diberikan pada orang-orang yang miskin. Jika itu yang
telah dipatuhi mereka.Jagalah supaya kamu jangan mengambil harta mereka yang paling berharga. Takutilah doa orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya antara dia dengan
ALLAH tidak ada dinding(doa orang yang teraniaya cepat diperkenankan ALLAH)- Hadith Shahih Bukhari 716

0 comments: